Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 25, 2011

Cara Menjaga Hati Kawan!!



Satu hal menjadi asas dalam perhubungan masyarakat ialah persahabatan yang terjalin sejak tercetusnya pengenalan. Rasa persahabatan itu menjadi punca ketenangan kehidupan .Inilah masyarakat yang bertamadun yang menjadi impian dan harapan manusia keseluruhannya.

Dalam masyarakat yang bertamadun ini tidak akan ada orang yang mahu bantah membantah , bertekak apabila bertemu apalagi mengata keburukan orang lain. Hal ini pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w dalam masyarakat yang tidak bertamadun.

Sesungguhnya masyarakat jahiliyah yang rata ratanya tidak bertamadun menganguaap sesuatu yang asing dari mereka semuanya seteru atau musuh. Mereka yang berada di kelompok lain tidak boleh dibuat kawan . Budaya ini mungkin susa diungkai kerana sudah bertapak sekian lama.

Tapi dengan didikan Rasulullah s.a.w yang penuh berhikmah itu telah menukar cara hidup mereka kepada kehidupan yang berkasih sayang dan persahabatan yang terjalin kukuh. Para sahabat di ajar agar tidak bantah membantah, mentertawakan orang lain dan memungkiri janji.

Daripada Ibnu Abbas r.a , dia berkata :
Rasulullah bersabda , " janganlah kamu berbantah terhadap saudara kamu dan pula mentertawakannya dan janganlah kamu membuat janji kemudian kamu mungkiri. " (Riwayat al-Tirmizi)

Adalah menjadi hak dalam persaudaraan dan persahabatan , menjaga hati orang lain dan tidak boleh menyinggung perasaannya . Rasanya semua orang tahu tetapi kadang kadang kita tidak perasan beberapa tindak tanduk kita boleh mencetuskan pelbagai prasangka orang .

Kerana itu , setiap umat Islam mestilah peka perkara ini dan amalkan sikap suka meminta maaf apabila dirasakan sesuatu yang tidak kena.

Umat Islam patut meneliti punca dan kesan tiga perkara yang disebut oleh Rasulullah s.a.w di atas .Dan tidak mustahil jika ianya tidak dibendung akan terjadi bibit yang membawa kepada kecil hati.

i ) sikap membantah , adalah kerana ego yang menebal .Apabila masing masing tidak mahu beralah maka akan dipertahamkan terntulah kehendak sendiri. Disini akan tercetuslah permusuhan yang mungkin berpanjangan .

ii ) Sikap suka mentertawakan orang , mungkin boleh mengembirakan seseorang tetapi bagi sesetengah orang boleh pula mengecilkan hati.

iii) suka membuat janji tanpa memikirkan risikonya adalah sikap yg tidak baik. Kita boleh membuat janji tetapi mestilah dipastikan bahawa janji itu boleh ditepati. Jika kita berjanji kemudian tidak menepati maka kita dianggap mengingkarinya . Ini pasti boleh menumbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap orang berkenaan .

Utamakan perpaduan ummah dari cuba mencetus sesuatu yang tidak diingini. Riak riak bunga berkecil hati mesti dielakkan dengan masing masing berprasangka baik . Inilah kunci utama di samping cuba mengawal diri dalam menjalinkan persahabatan .





Susahnya Menjaga Hati


Susahnya menjaga hati
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan
Ia merupakan wadah
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Masing-masing ingin mengisi
Malaikat dengan hidayah
Syaithan dengan kekufuran
Bila tiada hidayah,
ilmupun tidak menjamin sekalipun ia perlu
Susahnya menjaga hati
Bila dipuji ia berbunga
Terasa luar biasa
Bila dicaci aduh sakitnya
Pencaci dibenci
Bahkan berdendam sampai mati
Bila berilmu atau kaya
Sombong mengisi dada
Jika miskin atau kurang ilmu
Rendah diri pula dengan manusia
Adakalanya kecewa
Kemuncaknya putus asa
Takdir yang menimpa susah untuk redha
Ujian yang datang sabar tiada
Jiwa menderita
Kelebihan orang lain hati tersiksa
Kesusahan orang lain, hati menghina
Bahkan terhibur pula
Menegur orang suka, ditegur hati luka
Aduh susahnya menjaga hati
Patutlah ia dikatakan raja diri
Bukankan sifat sombong pakaian raja?




1 comment: